Lirik Koyak - Fimie Don



Lirik Koyak - Fimie Don 

Aku Dah Penat Lesu
Dengar Lagu Buat Aku
Jadi Layu
Jadi Aku Tukar Lagu

Ku Tahu Mulut Daku Macam Keris
Dan Bukan Niatku Buat Kau Menangis
Namun Pernah Ku Promise
Aku Dan Engkau Kita Akan Di Renjis
Oh Manis
Jap Takkan Dah Percaya Dengan
Kata Kata Je
Kata Kata Bibir Serta Kotak Suara
Jangan Kecewa Kalau Tak Jumpa Permata
Yang Ada Hanya Arang Conteng Dekat Muka
Tak Nampak Buktinya Terhasil Depan Mata
Merdu Bunyi Janji Bila Janji Harta Dunia
Tapi Bila Harta Dunia Muncul Depan Mata
Merdu Jadi Sumbang Sebab Harga Diri Takde

Okay Okay
Nah Jangan Keliru
Kalau Dah Berjanji
Itu Hati Bukan Kamu
Bukan Aku
Tapi Itu Apa Yang Kita Mahu
Jadi Akal Kata Tunggu
Kita Tunggu Dan Tunggu
Dan Tunggu Dan Tunggu

Aku Dah Penat Lesu
Dengar Lagu Buat Aku
Jadi Layu
Jadi Aku Tukar Lagu Oh

Apa Lagi Kau Mahu
Aku Tunggu I Promise You
I Wait for You
Aku, Aku Rindu

Ah Koyak
Rasa Macam Engkau Dah Naik Lemak
Daripada Tunggu Baik Ku Gerak
Tak Berganjak Sebab Sayang Berlambak
Dan Engkau Tamak
Jadi Apa Patut Aku Buat
Takkan Hari Hari Tunjuk Yang Aku Ni Kuat
Takkan Nampak Lemah Kalau Aku Kata Penat
Takkan Bunyi Ungkit Kalau Aku Suruh Lihat


Nah
Masa Masam Manis Masin Garam
Asam Macam Gula Anak Muda Kurang Faham
Selamanya Selamanya Masih Belum Hadam
Asal Nak Nasihat Nasihat Yang Mendalam

Jangan Sayang Kalau Sayang Tak Dibalas
Jangan Pegang Barang Kemas Kalau Malas
Jangan Pandang Laut Kalau Takut Lemas
Jangan Jadi Monyet Dapat Bunga Yang Terasa
Tukar Lagu Sebab Dia Panas (Ouch)

Aku Dah Penat Lesu
Dengar Lagu Buat Aku
Jadi Layu
Jadi Aku Tukar Lagu Oh

Apa Lagi Kau Mahu
Aku Tunggu I Promise You
I Wait for You
Aku Rindu

Kau Ada Pilihan
Aku Pilih Apa Yang Di Pilih Tuhan
Pusing CD Takde Bunyi Tak Guna Kan
Pusing Bulatan Mencari Jawapan

Mempergunakan Atau Dipergunakan
Putus Ikatan Kawan Ataupun Lawan
Bayangan Impian Atau Wang Angan Angan
Ku Buat Pilihan Tuk Terus Berjalan
Ciao

Posting Komentar untuk "Lirik Koyak - Fimie Don"